Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat petang semua. Sekejap sahaja jumaat menjengah kembali. Minggu lepas kita sedang bercuti sempena hari pekerja. Tengoklah betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Adakah kita bersedia untuk menghadapi hari-hari mendatang dan juga hari mati? Semoga kita dapat persiapkan diri sebelum ajal datang menjemput.
Bila diperkatakan tentang dugaan hidup, semua orang di muka bumi ini pasti pernah merasainya. Dugaan yang didatangkan dengan pelbagai bentuk. Hidup kita ini tidak lari daripada dugaan dan ujian. Andaikata kita ditimpa dengan dugaan yang tidak pernah terlintas dek akal, cubalah berlapang dada. Cakap memang mudah. Untuk melakukan ia adalah perkara yang amat berat.
Perlu diingatkan setiap dugaan yang datang pasti ada tujuan dan hikmah di sebaliknya. Hikmah itu adakalanya berlaku tanpa kita sedari. Dugaan itu harus kita tempuhi juga walaupun ia berat dan sepahit mana sekalipun. Perlu diingat Allah memberi dugaan mengikut kemampuan yang ada pada diri kita.
Aku juga perlu kuat untuk melawan dugaan yang aku terima. Ada insan lain yang diuji lebih berat daripadaku. Walaupun dugaan aku terima itu sudah dikira pahit namun aku harus telan. Perkara yang paling sukar dalam hidup bila dipaksa menelan sendiri segala kesakitan. Tetapi sampai bila harus disimpan perasaan sakit itu?
Dua bulan lepas aku dikejutkan dengan berita sedih tentang pemergian suami kawan aku semasa di sekolah rendah. Arwah suaminya meninggal dalam tidur. Memang sejak akhir-akhir ni aku mudah tersentuh dengan berita-berita kehilangan ni. Bila difikir-fikirkan balik ujiannya lebih hebat daripada aku. Kalau aku ditempatnya mungkin aku tidak sekuat dan setabah itu.
Minggu lepas aku tiba-tiba teringat pada kawan aku tu. Aku capai hp dan aku mesej dia untuk bertanya khabar. Jawabnya dia tengah down. Kalau ikutkan hati dia tak mahu pergi kerja. Sebak tak terkata. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku cuma dapat berikan kata-kata semangat pada dia untuk teruskan kehidupan.
Sedih! :(
Kenapa aku harus bersedih dengan dugaan itu? Cukuplah kesedihan yang aku tanggung. Sudah terlalu lama. Tidak perlu dikenang-kenangkan lagi. Aku pernah jatuh terduduk suatu ketika dulu kerana dugaan itu. Aku sangat-sangat hilang arah waktu itu. Kosong semuanya. Namun semakin hari aku dapat melalui hari-hari dengan lebih tenang dan mencari semula kekuatan yang hilang.
Aku harus bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Aku perlu hargai apa yang aku ada untuk hidup lebih bahagia. Kenapa perlu dirundum perasaan duka itu berpanjangan sedangkan kita boleh hidup bahagia? Hidup ini hanya sekali jadi hargailah sementara ia masih ada. Sekian dan wassalam.
" Allah akan hancurkan hati org yg DIA sayang berkali - kali hingga
tiada harapan untuk dunia lagi . Yg ada hanyalah harapan untuk DIA .
Buat mereka yg mencari cinta Allah , bersiap sedialah menerima hakikat ini . "
- Syeikh Abdul Qadir
Salam pena,
1 comment:
hihi.. mcm kenal je ayat tue :)
ayat tue betul..kuatkan hati..kuatkan iman
dugaan tak sama.. tapi keperitan itu sama..
Post a Comment