Wednesday, May 13, 2015

Cerita Sabtu

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Menjelang petang baru dapat menulis entri. Hari ini serba-serbi tak kena. Mengantuk, sakit kepala dan sedikit kemalasan menyapa diri. Tapi dapat juga aku tepis-tepiskan juga penyakit tak sihat tu.

Entri kali ni nak cerita kisah kami empat beranak pada sabtu lepas. Sejak akhir-akhir ini hujung minggu kami dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Dari pagi hinggalah ke malam. Jadi dimulakan dari pagi.

Sebelah pagi asben kejut awal nak ajak sarapan kat luar. Seminggu sekali katanya sarapan di luar. Aku bersama anak dara.

Dua orang lelaki kesayangan aku. Sayang sangat-sangat.

Tengahari menghadiri jemputan kawin di MITC.

Anak dara aku memang suka bergambar.

Tema kami hari tu merah. Empat beranak pakai baju sedondon merah.

Petang bawak mak mertua balik kampung tengok atok. Kemudian balik dari rumah atok kita orang singgah tepi laut di Anjung Batu.

Sempat berselfie dengan asben tercinta.

Melihat ciptaan tuhan yang sangat indah. Mentari hampir menghilangkan diri. Cantik sungguh permandangannya. Kemudian dari pantai kami menuju ke Family Store mahu beli barang dapur sikit. Sampai rumah jam 9.00 malam. Penat memang tak terkira. Tapi bila bersama orang tersayang hilang semua kepenatan itu.

Itu sahaja perkongsian cerita untuk entri petang ini. Sekadar berkongsi. Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk datangnya daripada diriku sendiri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments: