Assalamualaikum...
Selamat tengahari. Salam hari jumaat. Hari yang penuh barakah. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Itu yang sering kita harap-harapkan. Hari ini aku EL. Badan tak sihat. Malam tadi tak boleh nak tidur. Sakit perut. Tekak sakit. Bila tak boleh tidur mulalah sakit kepala. Ini pun tengah kepala pusing ni. Bila sakit kepala cepat-cepat makan ubat tambah darah sebab itu je penyakit aku kebelakangan ini.
Anemia? Ermm...Entah mana silapnya. Nak kata aku tak makan rasa terlebih makan. Sakit itu penghapus dosa. Harap dikurniakan kesihatan yang baik demi menjaga anak-anak. Kalau kita sakit memang susah.
Hari ini berdua sahaja dengan Ammar di rumah memandangkan suami kerja, adriana pula ke sekolah. Sebaik sahaja adriana ke sekolah tadi, aku kembali memanjatkan katil. Ammar pun masih tidur. Terlelap sejurus meletakkan kepala. Sedar-sedar jam 11.00 pagi. Huhuhu...Itu pun tersedar sebab Ammar dah bangun. Kalau dia belum bangun mahu terlajak hingga tengahari.
Itu sahajalah kisah aku hari ini. Program tengahari ini mahu ke Romantika bersama Mira Mokhtar terpaksa dilupakan. Sekian...
Wassalam...
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment