Assalamualaikum...
Salam pagi isnin buat semua. Tidak tahu kenapa pagi ini terasa pilu. Macam biasa sejak semalam pagi-pagi sudah mencari berita tentangnya. Memang banyak spekulasi tentang pesawat MH370. Baca boleh. Percaya jangan selagi tiada pengesahan daripada pihak bertanggungjawab.
Entah macam mana perasaan yang terlibat. Perasaan si ibu ayah menangis pilu menanti si anak, si isteri menanti berita si suami. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tak dapat dibayangkan macam manalah keadaan dalam kapal itu.
Apa-apa pun semoga ada khabar baik yang dapat kita dengar. Walaupun tidak ada ahli keluarga dalam pesawat itu hati turut dicengkam sayu dan pilu. Sama-samalah kita berdoa semoga dipermudahkan misi mencari MH370. Sekian..
Wassalam..
Aku Penulisnya,
1 comment:
amin..amin..kita doakan..moga Allah bagi petunjuk kan..inshallah..sedih kan fyda
Post a Comment