Wednesday, March 12, 2014

~Projek Tanam-Menanam~

Assalamualaikum...

Selamat petang dan salam buat semua.  Pembuka bicara di petang hari.  Tiba-tiba mood tak elok bila dengar cerita daripada seseorang.  Ermmm, susah nak diterangkan bila tiada keadilan.  Kenapa orang memandang enteng terhadap perkara ini.  Tidak mengapalah.  Tak lama lagi je, bersabar dan terus bersabar.  Pujuk diri sendiri.

Daripada memikirkan masalah yang tidak mendatangkan faedah adalah lebih baik aku berceritakan projek terkini asben dan juga aku.  Tetapi kalau projek tanam-menanam ni memang sepenuhnya idea daripada asben.  Aku bab tanam-menanam ni memang lemah segalanya.  Tak bijak dan tidak berapa pandai.  Jadi kerja aku hanya memerhatikan kerja tanam-menanam ini.


Inilah pokok yang baru dibeli semalam.  Ada 20 batang semuanya.  Baru sahaja ditanam separuh ke tak sampai separuh.  Asben kepenatan mencangkul bagai petang semalam.  Petang ni sambung lagi tugasan ini.  Nanti kalau sudah menjadi aku tunjukkan di mana pokok-pokok ini ditanam.  Harap-harap menjadilah ye.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,





                                                                                                          


No comments: