Thursday, March 6, 2014

~Projek Seterusnya Untuk Rumah~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Lagi satu jam mahu ke jam 1.00 tengahari iaitu masa rehat.  Ini adalah entri berjadual yea.  Nanti orang kata aku ni rajin benar tulis entri baru dalam waktu kerja.  Entri ini aku taip malam tadi.  Sudah lama tak berbuat begini.  Dulu rajin juga sekarang penyakit 'M' bermaharajalela di dalam diri.  Kalau di rumah memang sudah sibuk dengan kerja-kerja rumah.  Mana mahu melipat baju, menyapu, mengemop.  Memang tak menang tangan.  Ditambah lagi dengan dua orang askar.  Sebelah malam, tenaga sudah kehabisan.  Minta dicas semula.

Berbalik kepada tajuk, setelah mukadimah panjang lebar seperti biasa rumah aku sudah selesai diubahsuai.  Tiga minggu juga berhadapan dengan habuk, simen, batu bata dan sebagainya.  Apabila semuanya siap, lega hati bila tengok keadaan rumah seperti apa yang diinginkan.

Satu bahagian sudah selesai.  Dalam fikiran ada projek seterusnya untuk rumah yang bakal menyusul.  Masih berkira-kira tentang bajet.  Tapi memang ini yang dalam perancangan.  Apa yang dirancang? Mahu menghias laman rumah.  Hias ala kadar je janji sedap mata memandang untuk kami empat beranak.

Tempat yang disimen ni kononnya aku nak letak pasu bunga.  Nak buat macam tanam yang tak berapa nak tanam.  Tapi aku ni bermasalah sikit pasal tanam pokok.  Bukan sikit rasa kronik masalahnya.  Kalau tanam pokok mesti tak menjadi.  Sudahnya layu dan terus mati.  Hah gitulah ceritanya.  Aku beli bunga nanti suruh asben yang jaga.  Hahaha...Dia tangan sejuk.  Aku tangan panas ke pemalas? :D

Inilah tiga buah pasu bunga yang ada dari dulu kini atau mungkin selamanya.  Oh tidak!  Bunga kertas tu aku beli daripada kakak sepupu aku tapi tak pernahlah aku membelek pokok bunga tu.  Tahu-tahu keluar bunga je.  Bahagian tepi ni kononnya nak tanam rumput.  

Begitu juga dengan tanah belakang ni.  Nak tanam rumput.  Rumput jenis apa belum difikirkan lagi.  Kena survey yang senang dijaga dan yang paling murah.  Itu yang penting.  Murah itu penting.  Jadilah tanam rumput kat tanah sekangkang kera ni.  Begitulah ceritanya.  Projek yang diangan-angankan oleh aku.  Hari-hari fikir pasal rumput.  Rumput! Rumput! Rumput! Sebenarnya banyak lagi yang diangankan untuk rumah tapi kena berdikit-dikit untuk melaksanakannya.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,





                                                                                                                       

No comments: