Tuesday, March 11, 2014

~Kesalahan, Kekuatan Dan Kemaafan~

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa.  Salam dan selamat pembuka bicara untuk hari ini.  Semoga kita semua dibawah lindunganNya.  InshaAllah.  Masih lagi menanti perkhabaran tentang MH370.  Hanya doa yang mampu mengiringi buat mereka dalam apa jua keadaan sekalipun.  

Pagi ini, tak sedap badan sebabnya salah bantal.  Aduh sudah macam robot pulak.  Petua menepuk bantal dah pun dilakukan.  Hehehe.  Ada petua lain tak nak hilangkan?

Seperti kata-kata di atas yang aku kongsikan, manusia memang tidak lari daripada melakukan kesalahan.  Iye, biarlah kesalahan yang kita lakukan tidak akan berulang kerana mungkin tiada lagi kemaafan untuk kita bila sudah berulang kali melakukan kesalahan.

Renung-renungkanlah dan sekian entri pendek daripadaku pagi ini.  Mood sedang membuak-buak untuk buat kerja jadi fokus harus diberi lebih.  Permudahkanlah urusan aku...Sekian...

Wassalam..

Aku Penulisnya,







                                                                                                         

1 comment:

.:fyzz:. said...

betul..kadng2 fyzz pun perasaan..byk sakitkan hati orang yg tersayang..then nk cover balik..msti la say sorry atau buat sesuatu yg mereka suka...emm kita manusia tak lari dari kesilapan kan..