Monday, March 10, 2014

~Sabtu Sana Sini~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Tengahari tadi aku tak ke mana.  Melayankan beradu daripada melakukan perkara-perkara lain.  Inilah yang baru berkesempatan menyusul dengan entri yang kedua.  Masih lagi menunggu perkhabaran mengenai pesawat MH370 itu.

Sabtu lepas bersamaan 8 Mac, sebelah tengahari kami empat beranak keluar ke rumah kenduri kawin.  Kenduri kawan aku sama-sama belajar di Politeknik Ungku Omar.  Dah bertahun tak jumpa si pengantin ni.  Sabtu lepas barulah kita orang berjumpa setelah sekian lama dok berbalas whatsapp dan mesej.

Selamat Pengantin Baru buat Lia dan suami.  Masa ni aku dan nana je masuk.  Ammar dengan papa di khemah menikmati cendol kut.

Dari kenduri kahwin, kami ke Mahkota Parade.  Kebetulan ada pameran hartanah di situ.  Dapatlah tengok rumah-rumah yang baru.  

Dari Mahkota berjalan ke Dataran Pahlawan.  Eh, tak perasan pula masa amik gambar Ammar tu dok syle rupa itu.

Kakak nana kalau bab bergambar memang ada je pose.  

Sementara mahu menunggu lif, bergambar dulu.

Dari Dataran patah balik ke Mahkota kemudian singgah di Kedai Hinode.  Beli sesuatu di sini.  Barangnya kan RM5.  Dalam pada tidak mahu membeli habis juga RM50.  Tapi dapatlah aku beli jam untuk bilik tidur yang ala-ala english harga RM15.

Dari Mahkota, kami ke Mydin pula.  Nak belikan Ammar sandal.  Sandal ammar dah minta ganti.  Jadi ke Mydinlah.  Papa dapat sandal, ammar dapat, nana pun dapat. Mama tak dapat.  Tengok je yang membeli.

Lepas penat membeli barang bersantai di food court minum each a cup.  Nanammar minta nak aiskrim.  Layankanlah sesekali.

Berialah minah ni makan aiskrim.  Beli sorang satu aiskrim sebab tak nak ada adegan bergaduh dan berebut.  Selesai urusan di Mydin balik rumah.  Anak-anak sampai tertidur.  Turunkan dari kereta pun tak terjaga.  Anak-anak tidur, aku dan asben membersihkan laman.  Aku banyak jadi mandor daripada mencabut rumput-rumput.  Hehehe...Itu sahaja cerita kami sabtu lepas.  Oh iye, sebelah malam usai Isyak, keluar makan ke kedai mamak.  Mana lagi di Ayoob MITC.  Makan roti canai.  Itu sahajalah ceritanya...Sekian

Wassalam.

Aku Penulisnya,







                                                                                                         

2 comments:

LYAfrina said...

dah lama jugak x singgah sini.. insyallah..lps ni akan sentiasa bkunjung ke sini cm dulu2.. kdg2 lya kekangan masa..dgn bloglist xde..sempat kunjung ke blog kwn2 y drop komen je..tu pon kalo smpat.. sori ye fieda, bru arini smpai..lya x sihat sblm ni..

mush said...

lawo warna baju pengantin