Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat pagi semua. entri pertama tadi adalah entri berjadual. Semalam sudah aku karangkan di rumah. Masa senggang aku semalam terisi dengan hanya mengulit laptop. Semalam mahu bersantai-santai sahaja setelah seharian sabtu itu ke hulu hilir tanpa henti. Malamnya sudah tidak boleh berbuat apa. Kehabisan tenaga.
Sabtu itu juga sebab tak dapat nak rehat kerana ada orang kat rumah. Selain emak dan ayah di rumah, ada orang datang untuk pasang tinted di rumah. Asben aku suruh datang hari sabtu.kebetulan mak dan ayah ada baguslah. Sebab asben aku kerja takkanlah aku nak hadap sorang diri. Memang tak terlayan. Mana dengan si budak dua orang itu.
Ini proses memasang tinted. Sebab nak pasang tinted? Cahaya matahari masuk ke dalam rumah. Ada tinted kuranglah sikit. Tak adalah langsir aku lompong lagi. Hehehe...
Langsir kat tingkap ni dan sliding door aku memang lompong. Kenalah ganti yang lain. Pilih warna dekat-dekat sama dengan sebelum ini.
Harap lepas ni kuranglah lompong pada langsir. Dah pasang tinted ni gelap sikit dalam rumah. Ingat nak buat day curtain tapi sampai sekarang tak terbuat-buat. Itu sahajalah kisah sabtu lepas dan kisah rumah aku. Bersambung lagi dengan entri lain. Sekian...
Wassalam...
Aku Penulisnya,
3 comments:
Sebaiknya memang kena pasang tinted ini Fida. Bukan cahaya matahari aje tapi lebih cooling sikit..
maaf boelh tau kedai tinted ni kat mana? email saya. myemotoy@gmail.com
maaf. boleh saya tau kedai tinted ni di mana ya?
Post a Comment