Selamat tengahari..Hola!!Again perkataan hola ni. Tiru ayat blogger lagi. Yang suka tulis mesti tahu siapa gerangan yang aku maksudkan. Hahaha.. Tengahari ni tak keluar ke mana. Rehat sambil buat kerja. Bukan rajin tapi tengah mood ada untuk siapkan kerja baiklah buat. Aku ni buat kerja tak boleh paksa-paksa. Nanti satu benda tak jadi.
Tadi sempat blogwalking dan singgah di blog Kak Aina Emir. Kenal kan?Novelis terkenal ye. Tertarik dnegan entrinya oagi tadi. So aku kongsikan penulisannya di sini. Oh ye aku sudah pun meminta izin daripada Kak Aina ye. Marilah kita baca penulisannya tentang Air Mata.
Assalam
Sekadar mengingatkan
diri dan anda sekelian, supaya sentiasa menjaga, agar tidak tersasar lalu
dengan sedar atau tidak, kita melukai hati orang lain. Kita perlu berhati-hati
dengan doa orang yang dizalimi dan air mata orang yang kita aniayai.
Kadang-kadang kita rasa apa yang kita lakukan itu mungkin tidak salah kerana
perkara itu dikatakan benar, namun dalam melakukannya, kita ‘break the rules’
dengan melakukan perkara-perkara lain yang tidak disukai Allah SWT, maka apa
yang kita lakukan menjadi sesuatu yang salah. Bertambah salah, bila ada hati
dan jiwa yang telah kita sakiti dan lukai. Jiwa dan hati yang sakit itu akan
sentiasa terasa dan itulah yang kita perlu hati-hatikan. Takut ada balasan yang
datang pada kita tanpa kita sedar, pada kesalahan yang telah kita lakukan.
Nauzubillah.
Dalam pada itu, saya
juga ambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya dan teman-teman yang
saya sayangi, agar rajin-rajin berbuat amal ibadah. Utamakan yang wajib seperti
solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat, mengerjakan haji
bila ada rezeki… kemudian, kita cuba lakukan segala amalan-amalan murni,
termasuk tunaikan solat-solat sunnah, solat tahajud, taubat, hajat, dhuha dan
lain-lain, mengaji kitab suci Al Quran, bersedekah, menolong mereka yang
betul-betul susah dengan apa jua cara, jangan lupa untuk sentiasa buat baik
pada ibu bapa, lakukan semua perkara yang baik, dan sebaik-baiknya, kita rajin
amalkan semua ini setiap masa, bukan buat secara hangat-hangat tahi ayam. Bila
rasa rajin kita pun buat bersungguh-sungguh, bila malas, kita tak buat
langsung.
Orang kata, elok kalau
kita amalkan semuanya secara konsisten, biar sedikit-sedikit. Maknanya, mungkin
kita bersolat sunat dua tiga kali sehari, bersedekah dari masa ke masa, mengaji
Al Quran sehelai dua setiap hari, jauh lagi baik daripada terus tak buat
apa-apa. Bila ditegur atau terasa banyak dosa, kita pun kelam kabut melakukannya.
Lepas itu, lupa semula.
Sebenarnya, semua
kerja-kerja sunnah ini kita lakukan untuk tampal segala perkara wajib yang
sepatutnya kita lakukan tetapi tidak sempurna. Misalnya bila kita solat lima
waktu, kemungkinan besar kita tidak kusyuk. Atau ada perkara-perkara yang kita
tersilap buat.
Tapi jangan pula kita
beratkan perkara sunnah daripada wajib. Misalnya, kita sibuk berpuasa sunat
sedangkan kita abaikan solat lima waktu. Ada orang sengaja puasa sunat kerana
senang untuk menunjuk-nunjuk. Suka hebahkan pada orang lain, “Hari ini aku
puasa.” Rugi benar kalau itulah niat kita.
Semoga semua amalan
sunnah dapat membantu kita, semoga kita mendapat ganjaran daripada Allah swt,
semoga kita menjadi ahli syurganya. Ameen. Wallahua’klam.
Semoga apa yang dikongsikan di sini dapat dijadikan panduan dan iktibar buat kita semua.
Credit : Kak Aina EMir
1 comment:
Hola..mcm terasa je hehe ni lagi satu kalau tidak boleh tu jgn lah paksak.. :p
Post a Comment