Friday, November 15, 2013

~Sekembalinya Dari Sabah~

Assalamualaikum....

Salam jumaat yang penuh keberkatan dan selamat tengahari buat semua.  Aku sudah kembali dari Sabah dan hari ini baru kembali ke pejabat.  Ada sesiapa yang mencari?Hehehe...Lima hari meninggalkan blog ini sunyi sepi tanpa sebarang nukilan.  Rindu blog, rindu mahu menulis.  Hari ini baru berkesempatan mahu menitip cerita di sini.  Banyak cerita dan panjang ceritanya untuk lima hari di Sabah.

Tak tahu nak mula ceritanya.  Gambar tak usah cakap memang banyak dan pening nak pilih.  Cerita aku akan dimulakan dengan menaiki kapal terbang tiga beranak.  Satu perkara yang sangat sangat mendebarkan.  Walaupun sesungguhnya aku agak kalut mengawal dua orang budak kecil tapi semuanya masih berjalan lancar.  Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.  Tak terfikir yang aku mampu menaiki kapal terbang bertiga.  Hehehe...Ceritanya kemudianlah ye.  Sedang mencari mood untuk menulis cerita panjang.

Ini adalah salah satu tempat yang aku lawati di Sabah.  Gambar diambil dari telefon bimbit murahku.  Hehehe..Pada sesiapa yang pernah sampai Sabah mesti tahu di mana tempat ini.  Aku suka ke sini!Sangat sangat teruja uolls.  Nyaman sekali permandangannya. 

Oklah, nanti sambung cerita lagi ye.  Nak makan kejap dan tinjau gambar sikit-sikit di telefon bimbit.  Gambar lain masih ada dalam kamera.  Nantilah baru transfer dan barulah boleh diceritakan di blog ini.  Sekian...







                                                                                                       

2 comments:

LYAfrina said...

waa..cantinyer..cam oversea dah..
lya x pnh naik kapal terbanglagi.. rsanya ca gayat je.. hihi.. xpela..ni semua pgalaman y myeronokkan.. pegi tmpat org,haruslah snap pic byk2 kan..

.:fyzz:. said...

sukanya..cantik dn nmpak sngt nyaman..bila la fyzz nk smpai Sabah gak..:)