Monday, November 18, 2013

~Buku Yang Dicari : Aku Terima Nikahnya~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Sementara nak tunggu lunch hour, mohlah update satu entry.  Tiba-tiba perasaan ini mengelodak mahu mencari buku ini.  Macam nak beli je...macam nak beli je...Huish..Aku kalau sudah nak memang akan diikhtiarkan sampai dapat.  Semalam ke kedai buku mahu mencari buku tetapi bukan novel ye.  Nanti aku cerita buku apa yang aku nak beli tu.  Memang dah lama nak beli tapi ada kekangannya.

Sekali aku ternampak buku ni di rak.  Sempat aku belek-belek dan baca isi-isi kandungannya.  Menarik pula.  Buku ini agak tebal dan harganya pun boleh tahan.  RM55 untuk sebuah.  Akan diikhtiarkan untuk aku dapatkannya.  Tunggu gaji atau tidak.  Hehehe...Fikir,fikir dan fikir.  Ada balik nanti aku terjah kedai buku.

Serba sedikit penerangan tentang kandungan buku ini.  Sumber yang aku google dan diperolehi dari laman web INI.

Aku Terima Nikahnya merupakan sebuah trilogi iaitu kompilasi tiga buah buku: Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta.
Diberi wajah baru dengan penampilan yang lebih kemas dan menarik. Edisi istimewa berkulit keras. Direka khas dan sesuai dijadikan hantaran perkahwinan. Pun begitu boleh juga dibaca oleh sesiapa jua.

Aku Terima Nikahnya merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak.
Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.
Sekian...
Nota Kaki :  Kalau aku sudah dapatkannya akan aku kongsikan di sini. 






                                                                                                           

1 comment:

hanisah mat azit said...

nanti boleh pinjam.... hihihihih..