Thursday, November 21, 2013

~Saat Kita Diuji~

Assalamualaikum...

Selamat pagi untuk hari khamis yang indah ini.  Allhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus hidup pada pagi ini.  Masih lagi menikmati nyamaannya.  Mendung sahaja di luar.  Terasa kenikmatanNya.  Hari ini cuba menitipkan sesuatu di blog kesayangan ini.  Blog yang banyak kenangan manis buat diriku di sini. 

Bila kita diuji, itu bermakna Allah sayang kita sebagai hambanya.  Kita perlu kuat menghadapi dengan segala ujian yang mendatang.  Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan kita.  Aku percaya ujian yang diberi pasti akan diketemukan dengan kemudahan.  Permudahkan segalanya di dunia mahupun di akhirat.

Redhalah dengan apa yang berlaku.  Percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu..

Semoga pada sesiapa yang didatangkan ujian, beringatlah.  Sesungguhnya anda sebenarnya insan istimewa di sisi Allah.  Bersabarlah.  Semoga berkat kesabaran akan diberikan kebahagiaan.  In sha Allah...






                                                                                                          

No comments: