Assalamualaikum...
Selamat pagi isnin. Minggu penghabisan tanpa asben. Selepas ini rutin kembali seperti biasa. Tidak sabarlah. Mahu kembali seperti sediakala. Minggu ini perasaan bercampur baur. Teruja, gembira, berdebar-debar, risau. Hah, semuanya ada sedang membelenggu diri. Yang perasaan teruja tu dihuraikan teruja nak bercuti tempat yang pertama kali mahu menjejakkan kai, gembira tu sebab nak jumpa hubby kan, haruslah gedik gembira. Huhu...
Part yang berdebar-debar dan risau sebab nak naik kapal terbang bersama anak-anak. Iye, aku bertiga sahaja. Haruslah fikir macam mana nak handle budak berdua tu. Tak apa inshaAllah boleh. Semoga dipermudahkan semuanya.
Oleh itu, minggu ini adalah minggu bersemangat buat diriku. Jasad sahaja yang ada di pejabat tapi hati dah terbang dulu. Hehehehe...Pernantian itu satu penyeksaan. Betul tak?Tinggal tiga hari sahaja lagi. Senyum sampai ke telinga. :D
1 comment:
selamat terbang yea....merentas laut china selatan tu
Post a Comment