Thursday, November 7, 2013

~Esok Kami Akan Terbang!~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Selamat hari khamis.  Hari ini sibuk menyiapkan kerja sebelum bercuti panjang.  Tak panjang pun cuma lima hari sahaja.  Ye, esok kami akan terbang!Kami itu adalah aku dan anak-anak.  Aku akan terbang bertiga dengan anak-anak sahaja ke Sabah.  Hubby akan tunggu kami di sana nanti.

Perasaan sudah mula kacau.  Berdebar-debar ye.  Fikiran asyik memikirkan bagaimana aku nak handle anak-anak nanti.  Harap anak-anak aku akan behave sebaik mungkin.  Perasaan cuak sebab pertama kali nak bawa dia orang naik kapal terbang.  Takut anak-anak aku jadi jakun.com pula.

Esok penerbangan kami jam 4.30 petang dengan menaiki Air Asia.  Harap janganlah ada masalah delay.  Kalau delay pun janganlah lama-lama.  Aku dahlah bertiga ni.  Mahu tak risau.  Semoga dipermudahkan perjalanan aku tiga beranak untuk sampai ke destinasi sebenarnya.  Sabah, aku datang.  Tunggu.  Mak budak pula versi jakun sebab pertama kali nak pergi negeri borneo.  Itu yang terlebih sudah!

Oklah, cukuplah bebelan aku hari ini.  Malam nanti sibuk nak packing barang.  Sebenarnya barang dah packing tapi nak kemas yang selebihnya.  Sekian...

Sumber gambar : Google






                                                                                                                   

5 comments:

Myra Mokhtar said...

selamat terbang kawn ku..wahh ayt hikhik #bahagiamu deritaku :p

Unknown said...

SELAMAT BERCUTI AKAK..

ibuayu said...

Selamat naik bwlon..in sha Allah si kakak pun dah besar...mesti berdebar2 bila nak samapi ya..iyalah dah ada yg menunggu..selamat bercuti

adianiez AIDA said...

kem salam apen...
fm for me :-)

Siti said...

ooooo..jadi inilah sebab musabab november dinanti?

husband keje kat sabah lak ke?