Thursday, September 26, 2013

~Sarapan Di Tepi Tasik~

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan selamat berhari khamis.  Alhamdulillah pagi ini terasa sejuk kerana hujan turun membasahi bumi.  Dapatlah menyejukkan badan sikit.  Ini nak cerita mengenai kisah semalam.  Sarapan pagi semalam aku dan rakan-rakan yang lebih kepada pangkat kakak-kakak senior.  Baya mak mertua aku pun ada.

Oleh kerana minggu ni minggu akhir Kak Rehan yang akan bersara mulai 1 Oktober ini, maka sarapan kami semalam lain sedikit suasananya.  Bersarapan jauh sedikit daripada bangunan yang kami bekerja.  Selalunya makan di dalam bangunan je.  Jarang nak ke mana-mana.  Tak berapa nak rajin.  Kalau orang Melaka pasti tahu di mana tempatnya ini.

Inilah antara kakak-kakak yang ada semalam.  Kak Rehan yang sebelah kiri.  Yang tengah tu Kak Mimah dan sebelah kanan pula CC Noraini.

Barulah nak pandang kamera.

Bersarapan di tepi tasik ini.  Menikmati permandangan hijau.

Ini budak mesti ada.  Seperti biasa perkenalkan my bff, mira mokhtar!

Dan ini juga my bff, Kak Nisah!!Hampir tujuh tahun kami berada di jabatan ini.  Banyak sudah dikongsi bersama.  Harap persahabatan berkekalan selamanya.

Ini sarapan aku pagi semalam.  Mulanya order mee basah tapi yang datang rupa ini.  Mee kuah pula.  Ingatkan mee digoreng basah-basah kan.  Makanlah juga mee kuah yang sudah seperti tasik ini.

Masing-masing sibuk berbual sementara menanti makanan tiba.  Sesekali ubah selera memang menyeronokkan.  Dapatlah hilangkan stress!

Sekian..





                                                                                                          

Wednesday, September 25, 2013

~Entry Hampir Tengah Malam~

Assalamualaikum....

Oohhhhh terujanya bila dapat beronline dari mini ipad.   Selalu kat rumah mak memang online guna hp yang kecik molek tu.   Memang tak ada keinginan nak update blog.  Hari ni entah macam mana aku guna internet dari hp aku bluetooth kat ipad ni.

Berjaya!!!Boleh rupanya connectkan.  Itu pun tadi si mira mokhtar yang ajar.  Kenapalah selama ni ngok sangat aku ni.   Tak pe, tak pe.   Aku memang selalu ketinggalan.   Orang lain dah berfareeda, dah pakai tudung yang berlapis-lapis aku masih bertudung bawal lagi.  Itu pun tudung bawal koleksi had lama.  Memang dah biasa ketinggalan zaman ni.

So, malam ni sebab aku dapat beronline maka terkeluarlah sesuatu entry hampir tengah malam.  Hikhikhik.   Bolehlah blogwalking jap.   Okey, sekian dulu.  Bersambung lagi.   

Publish!!

~Kesibukan Diri~

Assalamualaikum...

Baru sempat nak update setelah diri ini sudah stress dengan kerja.  Kerja yang aku rasa paling lama aku ambil untuk selesaikan.  Dan hingga kini masih juga tak selesai dan aku sudah menghadapi kebuntuan.  Ya Allah, permudahkanlah segalanya hingga ke akhir.

 gambar dari google

Hari ni hari gaji ek.  Mesin atm pun belum sempat dijejak kali kedua.  Awal pagi tadi dah pergi tapi gaji aku tak masuk lagi.  Fikiran dah macam-macam fikir.  Bukan nak shopping tapi nak menyelesaikan hutang-hutang yang ada.  Hari ni juga terasa diri ni sibuk ke hulu ke hilir.  Pagi tadi sarapan di luar, tengahari masa lunch pun keluar.  Okey dulu.  Nanti sambung.  Banyak cerita tertunggak.  Mengenai tarian nana, apa lagi ek.  Pasal makna pagi tadi.  See u then..







                                                                                                           

Tuesday, September 24, 2013

~Hari Ini Dengan Makanan~

Assalamualaikum...

Dah makan tenghari korang?Aku baru sahaja selesai makan.  Kalau entri semalam dan pagi tadi cerita pasal novel je, tengahari ni marilah aku up cerita mengenai makanan.  Hari ini agak teruja dengan makanan sendiri.  Itu yang dok amik gambar.  Lagipun amik gambar makanan then terus hantar kat laki den.  Tengah makan ni.  Pagi ni makan mee sup.  Gitu gamaknya sekali.  Whatsapp siap dengan cerita bergambar.

Maklumlah dok jauh macam bercinta tujuh tahun lalu.  Hehehe.  Bercinta pun tak macam ni kut.  Sampai gitu sekali.  Itulah ceritanya bila dok berjauhan dengan laki.  Okay-okay, tak mau masuk cite laki den sebab tajuk atas mengenai makanan.

Mee sup sarapan aku pagi tadi.

Dan ini adalah makan tengahariku.  Alhamdulillah kenyang setakat ini.  Rezeki untuk hari ini.  Alhamdulillah sekali lagi. 

Sekian dulu...Nanti aku cerita kisah tarian adriana pula ye.  Seronok tengok anak sendiri.  Hehehe...








                                                                                                         

~Dekatnya Cinta Adam&Hawa 2~

Assalamualaikum...

Semalam cerita pasal novel, hari ini pun masih nak bercerita tentang novel yang baru sahaja aku beli.  Masih ingat tak entri sebelum sebelum ini yang aku cerita mencari novel di kedai buku tapi tidak diketemui.  Entrinya di SINI.   Inilah novel yang aku cari sebenarnya.  Lepas je dapat tahu yang novel ini akan dipasarkan mulai september, memang benda yang aku tunggu-tunggu.  Tak sabar nak berjumpa dengan Ain Hawani dan Adam Mukhriz.

Cari punya cari akhirnya jumpa juga di kedai Catch News.  Masa jumpa dengan Mira Mokhtar macam nampak apa je.  Hahaha..Masih ingat lagi tak mira mokhtar?So, aku sedang membaca novel ini.  Separuh buku pun belum sebab baru je habiskan novel Jodoh Itu Milik Kita.  Dunia Aariz Danial dan Dahlia.  Sebab lambat sangat nak tengok ceritanya di Astro, aku habiskan dulu novelnya.

SINOPSIS
Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya, Adam melafazkan talak.

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.

Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati. 

Serba sedikit sinopsis tentang novel ini.  Bila baca novel ni, teringat akan lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.  Sangat awesome lakonan AA terutamanya NN.  Sejak tu aku minat giler kat NN ni.  Tak kisahlah orang nak kata heroin tak lawa ke.  Tapi aku tengok dia lawa je. :D
Kalau aku sudah habis baca aku review semula tentang novel ni.  Berapa bintang yang boleh diberi.  Okay, sekian dulu.





                                                                                                                       

Monday, September 23, 2013

~Jodoh Itu Milik Kita Karya Sara Aisha~

Assalamualaikum...

Drama Jodoh Itu Milik Kita aku tengok sampai episod 12 je.  Ini dah lama tak tengok sebab aku jarang kat rumah.  So memang tak hadap televisyen.  Sesekali tengoklah kat internet.  Itu je yang mampu aku follow.  Sebab pelakon feveret aku ada.  Not Farid Kamil ok.  Aku suka Tiz Zaqyah sejak Nur Kasih.  Hehehe...

Tapi bila dalam drama JIMK ni, Farid Kamil okaylah.  Not bad.  Pandai je aku nak komen ala-ala juri pulak.  Aku telahpun menghabiskan baca novel ini minggu lepas.  Jalan cerita yang menarik.  Yang penting mestilah happy ending!Perangai yang menjengkelkan aku dalam novel ni dah tentu-tentu si Shafiq lakonan siapa tu.  Shazwan ek?Aku tak berapa kenal.

Sinopsis:
Cerita ni sebenarnya kisah Dahlia yang ditinggalkan tunangnya Shafiq pada hari perkahwinannya.  Kemudian Dahlia dikahwinkan dengan Aariz iaitu abang kepada Shafiq bagi menjaga maruah keluarga.  Akhirnya mereka disatukan.  Mereka cuba melayari perkahwinan itu sebaik mungkin sehinggalah kepulangan Shafiq ke Malaysia dengan satu tujuan mahu memporak perandakan rumahtangga Aariz dan Dahlia.  Shafiq mahu membongkar rahsia tentang abangnya itu.  Rahsia di sebalik siapa Aariz sebenarnya pada keluarganya kerana Aariz adalah anak angkat.  Ikutilah kisah seterusnya.  Kalau aku cerita tak best pulak kan.

Oklah, sesiapa yang berminat bolehlah dapatkan di kedai buku atau kalau malas mahu ke kedai bolehlah beli secara online.  Nanti abang posmen hantar sampai depan pintu rumah.

Sekian...