Monday, July 16, 2018

Semakin Senang Kita Nak Kecewa

Assalamualaikum.

Rindu sudah mula menggebu pada blog ini. Rindu nak kembali aktif menulis. Nampaknya tahun ini aku agak slow menghasilkan karya-karya. Bila idea datang, mood pula tiada. Begitulah sebaliknya. Entri-entri raya sudah bersusun dalam folder. Menunggu giliran nak ditulis. Tapi apakan daya.

Ada masanya, masa sangat mencemburui aku. Bila hari bersekolah memang masa agak terhad. Keinginan untuk menulis itu memang ada tapi kudratnya alahai. Kesian. Memang kadang macam nak mengensot aje. Haha. Sudahnya tidur ajelah sebab esok pagi-pagi dah nak bersilat berkuntau. Lagi banyak tenaga nak digunakan.

Pagi ini entah angin monsun mana yang datang, aku up status FB.

Sebenarnya tak ada pun berkait dengan sesiapa. Kebetulan pagi tadi aku baca sesuatu dan terus ajelah aku tulis ayat ini. Random maksudnya. Berkaitan dengan mengharapkan pada orang lain memang akan mendatangkan kecewa pada kita.

Tapi itulah. Nak dijadikan cerita hari ini ada dua benda kecewa yang datang. Mendukacitakan aku. Serius, sangat frust. Frust dia mengalahkan aku putus cinta dulu. Iye ke, aku putus cinta tak seteruk frustnya. Hahaha. Samalah lebih kurang frustnya. Tinggal lagi yang ni belum tahap frust menonggeng.

Untuk dua perkara yang kecewa ini memang aku meletakkan harapan yang sangat sangat tinggi. Tapi itulah, didatangkan dengan kecewa dulu. Dua perkara ini memang sudah dirancang. Uwahhhhh.

Tak mahulah ceritakan dulu apa yang dikecewakan sangat. Semoga ada berita gembira untuk mengubati rasa kecewa ini. Apa-apa pun aku masih lagi mengharap.

Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

adianiez AIDA said...

Bangkit selepas kekecewaan, fida.
U are strong.