Permulaan untuk cerita hari raya. Aku gigih menaip malam tadi untuk ditebritkan entrinya hari ini. Walaupun semalam keletihan sebab puasa. Sudahlah bermacam-macam dugaan semalamnya. Sebelah pagi, didatangkan dengan berita yang mengecewakan itu. Sebenarnya tidaklah kecewa tapi dalam erti kata lain menyedihkan. Begitulah. Aku lebih sedih pada berita kedua itu. Jadi aku hanya mampu berdoa untuk kawan aku itu agar hajatnya tercapai.
Apa kaitannya?
Hajatnya berkait rapat dengan aku. Jadi aku kena simpan rapat dulu cerita ini. Semoga hajatnya yang berkait rapat dengan aku akan tercapai. Kalau hajatnya tak kesampaian aku kemurungan sekali. Okey nampaknya panjang pula mukadimah entri ini.
Baiklah.
Pagi raya aku sekeluarga bersiap dari rumah. Memandangkan kampung masing-masing dekat boleh ulang-alik berapa kali pun kalau kau larat, jadi memang setiap tahun inilah rutin kami sejak ada rumah sendiri.
Pagi raya rumah sendiri. Lepas solat raya, barulah bersiap balik rumah mak aku. Selalunya ziarah kubur kemudian ke rumah mak aku. Selalunya rumah mak aku kejap aje. Kemudian balik rumah mentua. Ini memang sampai ke malam.
Gambar raya kami yang pertama secara swafoto.
Sesi bersalam-salaman.
Boleh senyum-senyum kau salam apak kau ye.
Giliran Dak Ammar pula. Sama aje perangainya.
Bergambar dengan Adriana.
Giliran mak dan apak pula yang nak bergambar.
Gambar potrait kami untuk raya tahun ini. Apak tu dah macam tokoh penyimpan mohor besar raja-raja. Hahaha. Oh ya, baju tema kita orang ni last minit bertukar di petang raya. Ko rasa?
Gambar ini si Adriana yang amik. Terharu pula tengoknya. Rasanya kali ini ucapan aku sedikit panjang daripada tahun-tahun lepas. Cuma tak berair mata aje. Kalau serius mahu berjujuran air mata agaknya yang membasahi pipi.
Itu aje kisah pagi raya di rumah kami. Entri bersambung di rumah mak pula. Tunggulah nanti bila datang rajin. Semoga lepas ini rajinlah diri ini nak menulis. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
2 comments:
Semoga kekal bahagia selamanya.
Bila kampung dedekat, best.
Boleh beraya rumah sendiri di pagi raya.
Ohsem.
Tak la berangkut mcm kami :-) ha ha ha
Post a Comment