Friday, July 6, 2018

Adakalanya Kesabaran Itu Hilang

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Seminggu dua ini emosi agak terganggu. Mungkin kepenatan yang melampau-lampau. Maklumlah raya. Ke sana ke sini. Meletihkan. Kemudian sekolah pun sudah bermula. Bertambah penatnya. Maklumlah, aku urus sendiri semuanya. Dari pagi membawa ke malam. Memang letih. Tak payahlah nak kata supermom sangat.

Supermom ni kalau dah bertukar. Boleh jadi hulk. Hulk pun kalah. Allahuakbar. Menguruskan rutin harian ini memang memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang sangat tinggi. Mana tidaknya, pagi berkejaran hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian berkejaran ke tempat kerja. Lambat memang merahlah punch card. Balik pun sama. Berkejaran sana berkejaran sini.

Itu belum lagi tekanan kat pejabat. Sampai melelahkan diri sendiri. Paling tidak pun buat tak tahu aje. Aku tahu sampai pejabat buat kerja tiba masa balik. Sekarang ni waktu malam pun aku sampai tak ada masa nak buat aktiviti sendiri. Itu sebab blog terbiar. Nak tulis cerpen pun sampai bertangguh. Ini pun dah lama tak membaca. Novel Pulang sekerat jalan aje yang aku baca.

Semalam, balik awal. Anak-anak ada jamuan raya kat sekolah. Jadi dua beradik itu balik jam 4.30 petang. Dalam kepala aku, bolehlah bersantai-santai. Aku pula puasa. Jadi tak adalah ulang alik keluar rumah. Tapi lain pula jadinya. Sesuatu terjadi pada aku sampaikan aku cuti kecemasan keesokkannya. Sakit-sakit badan. Tak dapat mengawal badan maka terjelepoklah aku ke atas lantai. Dugaan sungguh. Memang buat hilang sabar aje tapi itulah perlu dikawal. Allahu.

Ini gambar masa berjalan raya ke rumah jiran merangkap kawan merangkap cikgu Ammar juga. Bergambar dengan anak kecilnya yang kita orang selalu bergurau untuk jadikan menantu aku. Hahaha. Selingan mak-mak begitulah.

Itu sahaja coretan untuk malam ini. Otak tepu nak tulis apa tapi aku paksakan juga untuk mengeluarkan patah-patah perkataan. Gambar raya menyusul nanti. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

adianiez AIDA said...

Mak-mak mcm kita memang ditakdirkan jadi ijau selalu :-)