Sunday, July 22, 2018

Malam Yang Sedih - Al Fatihah

Asslamualaikum.

Selamat malam.

Entahlah. Malam ini hati terasa sebak. Emosi bercelaru. Aku memang tak suka bila dirundung perasaan sebegini. Dua kisah sedih menganggu aku malam ini. Kisah kematian dan kisah kehidupan. Tadi aku dikejutkan dengan kepulangan bekas pengarah JKM ke negeri abadi. Seorang pengarah yang paling baik hati, rendah diri dan sentiasa tersenyum.

Memang terkejut.

Sudah sampai masanya. Aku adalah kenangan dengan Allahyarham. Waktu itu aku nak mohon bertukar. Dia kata awak duduklah kat JKM ini dulu. Sudahnya arwah tak luluskan pun permohonan aku tu. Masa aku dapat berita ini, aku khabarkan pada grup whatsapp sahabat-sahabat lama. Memang semua sedih dan terkejut dengan berita ini.

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Betul orang kata, selalunya orang yang baik-baik ni cepat perginya. Sedih.

Kisah kedua pula, sebuah kisah kehidupan. Seseorang sedang berjuang untuk meneruskan hidupnya bila disuakan permintaan yang tidak masuk dek akal. Adakalanya manusia selalu bertindak mengikut perasaan sendiri. Adakalanya batas kesabaran seseorang sudah sampai limitnya. Bila sudah sampai limitnya, semuanya bakal berakhir.

Allahuakbar.

Aku doakan semoga urusannya dipermudahkan. Andai boleh dilembutkan hati, kau lembutkanlah hatinya, Ya Allah.

Aku hanya mampu mengirimkan doa buatnya. Semoga pengakhirannya baik-baik sahaja. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Adakalanya, perkara yang kita tidak inginkan itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim