Sunday, November 20, 2016

Berempat Di Crsytal Bay

Assalamualaikum.

Salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat malam. Kalau sehari itu ada entri sampai ke malam hari, itu maknanya entri schedule. Aku belum sampai tahap kerajinan nak update blog setiap kalinya. Maka minggu ini akan ada beberapa entri schedule sebab aku dah tulis beberapa entri yang akan mewarnai blog ini. Mewarnai sangat. Tidaklah blog ini sunyi sepi. Nampak bersawang dan jelas menunjukkan penulisnya pemalas. Hehehe.

Jumaat yang lalu, asben bawa kami makan ikan bakar di Crystal Bay. Kita orang kalau nak makan ikan bakar mesti ke Crystal Bay. Tak tahu tukar tempat yang lain. Ke Muara Duyung ke, ke Parameswara ke. Tidak pernah lagi kalau berempat. Kalau makan dengan kumpulan, pernahlah.

Memandangkan aku kurang darah, sejak yang tak sihat tu memang teringin benar nak makan kerang rebus. Jadi tunggu laki bawaklah. Jumaat hari tu barulah berkesempatan nak ke sana.

 Seperti biasa gerai pertama Alaa Kassim yang menjadi pilihan. Belum pernah cuba gerai lain.

Malam itu tak berapa ramai orang. Jadi cepatlah pesanan tiba di meja.

Kerang rebus untuk aku dan kegemaran si kakak.

Menu lain malam itu, ketam black pepper, udang sweet sour, sotong goreng tepung dan pari bakar.

Papa dan Ammar.

Mama dan kakak bergambar sebelum keluar. Si Adriana sibuk nak bergambar. Tak sempat-sempat. Layankanlah si anak dara yang satu ini. Kalau tak diikutkan, merajuk pula. Waktu-waktu begini sahaja masa untuk kami berempat. Gunakanlah sepenuhnya dan sebaik mungkin. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: