Monday, November 14, 2016

Aku, Kurang Darah Dan Ubat Tambah Darah

Assalamualaikum.

Salam sehati sejiwa. Bismillah.

Pagi semua. Berpagi-pagian seperti biasa melakukan tugas hakiki yang berbaki lebih kurang sembilan hari saja lagi. Kemudian berehat sebulan daripada menjadi supir segala supir.

Tak adalah nak terkejar-kejar mengadap kesesakan lalulintas. Aku hanya siapkan diri nak pergi kerja aje.

Kalau tak kerja lagi seronok kan. Boleh bersantai dengan anak-anak kat rumah. Mulalah sindrom tak bersyukur datang.

Wajahku setelah enam hari melepek di atas katil. Enam hari ye. Tak serupa orang rasanya masa tu. Nak membelek wajah pun tak terdaya. Jerawat nak keluar berapa ketul pun, aku tak kisah. Dah sihat ni baru perasan ada bapak jerawat yang menghiasi wajah. Baru daya nak membelek. 

Spekulasi ubat ini masa aku up kat insta. Orang ingat aku mengandung. Orang mengandung je ke yang makan ubat macam ni?

Penat mak nak menjawab.

"Saya tak mengandung."

Sambil tersenyum simpul. Kalau boleh disimpulkan lagi senyuman tu untuk orang faham yang aku tak mengandung.

Even aku tulis status macam ni pun orang boleh spekulasikan kata aku mengandung.

"Kadangkala pilihan terbaik adalah untuk menerima."

Itu status dari buku yang aku baca. Begitulah persepsi masyarakat sekeliling. Selagi nak bertanya tu maksudnya ada yang masih prihatinkan kita. Jangan tanya masa aku dah menopous nanti bukan setakat senyum simpul lagi. Aku sedekahkan buku lima. Kah.

Garang nau. 

Itulah rentetan aku, kurang darah dan ubat tambah darah.

Jangan ada yang tanya lagi. Amaran ni. Bayangkan muka ketat aku.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: