Thursday, October 15, 2015

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Selamat melangkah ke tahun baru hijrah 1437. Semalam tidak sempat langsung nak mengadap komputer. Minggu ini agak sibuk dan bertambah sibuk menjelang minggu depan. Mana sibuk anak mahu menduduki peperiksaan hujung tahun, mana sibuk dengan persiapan perkahwinan adik ipar. Semuanya mahu disiapkan secepat mungkin. Walaupun persiapan sudah dibuatkan beberapa bulan yang lalu tetapi masih ada perkara lagi yang belum dapat disiapkan sepenuhnya. Biasalah selagi tak habiskan, macam-macalah yang perlu dibuat.

Tentang kedatangan Awal Muharram. Semoga kita semua dapat melangkah ke tahun baru dengan azam yang baru dan dapat merealisasikan azam-azam yang masih belum tercapai. Janganlah azam itu terkubur begitu sahaja.

Semoga kita dapat mengubah diri kita menjadi seorang yang lebih baik. Mudah-mudahan hendaknya kita dapat memperbaiki diri kita sentiasa. Sentiasalah ingat bahawasanya umur semakin meningkat, jadi biarlah perangai kita seiring dengan umur kita. Sentiasa tunjuk perangai yang baik-baik supaya anak-anak juga dapat menjadi seorang anak yang baik.

Kisah semalam, andaikata ada yang menyesakkan dada harus perlahan-lahan melupakan. Belajar untuk melupakan walaupun sesekali bila teringat akan datang sakit hati. Tidak perlu dikenang dan berdendam walaupun perasaan marah, geram, benci dan sebagainya datang menganggu emosi diri. Buat kata putus, mahu cari sinar yang baru. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Moga bila dipujuk selalu hati itu yang terluka, akan diberikan ketenangan pada diri. Memaafkan bukan bererti melupakan, parutnya tetap ada walaupun lukanya sudah sembuh. Sekian dan wassalam.

Salam pena,







No comments: