Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat pagi semua. Salam jumaat hari penuh barakah. Entri pertama untuk bulan Oktober. Kedatangan Oktober yang ditunggu kerana bulan ulangtahun kelahiran si dia. Kemudian adik ipar bakal melangsungkan perkahwinannya.
Pagi ini hujan lebat turun membasahi bumi Melaka. Hujan rahmat. Dapatlah mengurangkan jerebu yang melanda. Tak dapat menghilangkan sepenuhnya, kurang sedikit daripada hari-hari sebelumnya pun sudah bersyukur. Setakat ini nasib baiklah badan masih lagi boleh melawan cuaca yang tidak elok ini.
Walaupun sesekali sebelah petang dilanda sakit kepala. Kadang sampai pedih amta juga kalau keluar waktu tengahari. Itu yang tengahari memang malas nak ke mana-mana. Baiklah bersantai di pejabat saja kalau tidak ada keperluan yang mendesak untuk aku keluar sebelah tengahari.
Pagi tadi, sampai pejabat terus mendial telefon. Teringat pada seorang sahabat yang suda bertukar. Dari kelmarin teringat padanya tapi tidak berkesempatan mahu menelefonnya. Soalan pertama yang terpacul daripadanya "Fyda ok ka?". Rindu.
Moga hari-hari yang akan mendatang dapat dilalui dengan sebaik mungkin. Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk menjalani rutin harian seperti biasa. Menghitung hari untuk hari-hari yang istimewa dan bermakna. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
1 comment:
sibuklah mak jemah jadi wedding planner yek
Post a Comment