Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat petang semua. Baru dapat menyandar. Kerja pejabat memang tak akan pernah habis. Makanya bersambunglah esok. Balik rumah nanti sambung kerja rumah pula. Selagi tak tutup mata, kerja, kerja dan kerja.
Pagi ini aku terlajak. Entahlah jam aku kunci tapi tak dengar pula pagi tadi. Yang aku tersedar jam 4.30 kemudian aku sambung tidur. Cadang nak bangun untuk iron baju tapi letih kenduri hari tu belum hilang lagi agaknya. Badan sakit-sakit ni. Perlu diurut-urut.
Tersedar lagi sepuluh minit mahu ke 6.30 pagi. apa lagi berdesup aku bangun dan menuju ke bilik air. Sebelum tu aku dah kejutkan si Adriana. Adoi masa ni yang dia liat nak bangun. Ya ampun. Aku memang dah kalut dengan baju yang belum bergosok. Usai solat Subuh aku terus gosok baju kerja. Ala kadar je. Kalau gosok lambat-lambat memang lewatlah si Adriana tiba di sekolah. Jam 7.oo pagi bergegas keluar rumah. Gaya memandu pun hari ini memang bukan seperti hari biasa. Dah lambat kan memang tak adalah istilah memandu secara berhemah.
Jam 7.20 pagi baru tiba di perkarangan sekoalh Adriana. Bergegas masuk ke dalam menuju ke dewan. Aku tinggalkan sekolah sebaik sahaja kelibat Adriana hilang daripada pandangan mata. Begitulah. Sesekali ada masanya yang kita tersasar daripada landasan kehidupan. Jangan terus hanyut. Cepat-cepatlah sedar agar diri tidak kecundang. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment