Friday, October 16, 2015

Kesibukan Berganda

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam jumaat hari penuh barakah. Salam pembuka bicara untuk pagi yang damai dan tenang. Pagi ini seperti biasa adalah hari untuk aku bersantai tanpa perlu berlari-lari anak di dalam rumah menguruskan anak-anak ke sekolah. Tak perlu terkejar-kejar menghantar si kakak ke sekolah kemudian menghantar si adik pula.

Baru uruskan dua orang, kesibukannya mengalahkan orang yang uruskan sepuluh orang. Bila suami pulang terasa ringan sedikit beban kerja. Bercuti daripada melakukan rutin harian menghantar anak-anak ke sekolah.

Berkorban. Kadang-kala kita perlu berkorban tetapi jangan sampai diri sendiri menjadi korban. Hehehe...Minggu ini adalah minggu akhir sebelum majlis perkahwinan adik ipar aku berlangsung minggu depan. Banyak benda yang perlu dikejar dan dikerjakan.

Selain itu, aku sibuk juga mengulangkaji dengan Adriana memandangkan minggu depan adalah peperiksaan akhir tahunnya. Setiap hari aku menjadi tarzan. Aku rasa kalau tarzan dengar pun boleh jadi stress. Dapat aje jadual peperiksaan maknya gelabah dulu. Risau memanjang sampai dalam kepala sudah 'over loaded'.

Kemudian aku sibuk pula dengan urusan aku sendiri. Menyiapkan sesuatu untuk diisikan sebagai jadual dalam masa senggangku. Ada ke masa senggang? Selagi ada ruang, akan aku sibukkan diri ini supaya lebih berfaedah dan mendatangkan hasil.

Sesi mengulangkaji bersama Adriana malam tadi. Masak sambil mengajar. Maknya banyak sambil. Masak sambil bergambar pun iye gak.

Adik pun sama sibuk. Dia sibuk belajar menulis satu dua tiga. Tak apa sekurang-kurangnya mereka ada juga hati untuk belajar. Tak boleh dipaksa tapi jangan sampai tak belajar. Dulu pun masa kita di zaman kanak-kanak ada juga mengelat tak belajar tapi asyik nak tengok televisyen. Itulah masa aku bersama anak-anak. Aku suka beri latihan matematik pada Adriana. Semoga keputusan Adriana ada penambahbaikannya daripada keputusannya yang dulu. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








No comments: