Foto : Koleksi Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi. Jam sudah menunjukkan 12.30 pagi. Anak-anak sudah beradu makanya barulah emaknya boleh melayan perasaan sendiri. Blog pun sudah lama terbiar. Memang lepas puasa hari itu masa agak terhad dan sebenarnya fokus pun banyak ke lain.
Cerita Syawal sudah lama tersimpan dalam fail draf. Memang cerita sudah lapuk. Bertabah aje. Mungkin ada beberapa entri yang perlu aku tulis demi merealisasikan impian sendiri. Ini kisah 3 Syawal kami sekeluarga. Raya ketiga tu baru dapat berkumpul sebelah aku.
Ammar dan Nayli.
Cucu-cucu Hj Adim dan Hjh Saedah.
Testing dulu oleh jurugambar. Hehehe...
Ready to take! Inilah keluarga kami. Adik beradik dua orang. Tidakler berapa ramai.
Mak dan ayah aku.
Atok nenek bersama cucu-cucu. Tiga orang ni pun dah cukup menggamatkan rumah.
Keluarga kecil kami.
Keluarga adik aku.
Anak menantu dan cucu Hj Adim dan Hjh Saedah.
Gaya bebas ye.
Kemudian kami ke rumah pakcik di Taman Kota Laksamana. Rumah abang ayah aku.
Lelaki-lelaki sado ni suruh amik gambar main-main pulak.
Aku dan adik ipar. Tengah sarat masa ni. Sekarang sudah selamat bersalin dan dalam pantang lagi. Dah nak masuk sebulan pun.
Kami disajikan dengan laksa johor.
Kemudian kami ke rumah sepupu. Taman yang sama dengan pakcik. Itu yang bergambar dengan ammar dan nana anak sepupu aku.
Gambar kami laki bini ni anak dara kami yang amik.
Kemudian, rumah ketiga iaitu rumah kakak sepupu aku, Kak Wati.
Kami dihidangkan dengan mee sup.
Bila dah kumpul ramai-ramai memang tak habis-habis nak bergambar.
Kan dah kata. Ikutkan memang banyak gambar kita orang. Nak termuntah tengok.
Nak bergambar sampai terbukak-bukak butang si budak tu.
Dah siap pasang butang baru boleh bergambar.
Mak aku dan mak long.
Sebelum balik harus bergambar beramai-ramai.
Dari rumah kakak sepupu aku, anak-anak dah ikut kereta adik aku. Tinggal aku dan asben. Jadinya kami pergi berdating. Hahaha..Bukan senang dah dapat masa-masa berdua begini. Jadi haruslah digunakan sebaik mungkin. Itu sahaja titipan 3 syawal.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment