Saturday, August 15, 2015

Kisah Kami Di 2 Syawal

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Jam sudah menunjukkan ke angka 12.57 pagi. Namun mata aku tidak boleh dilelapkan. Sudah agak lama juga tidak berjaga malam untuk membelek blog. Blog pun sudah seminggu lebih tidak diusik. Entahlah memang tak ada mood langsung.

Jadi malam ini aku cuba jugak mencari mood yang setelah sekian lama menghilang. Sekarang ni sudah tak boleh pakai satu hari satu entri. Dapat update ni pun dah kira baikler kan. Syawal dah habis aku baru terhegeh-hegeh nak tulis syawal kedua. 

Mohlah baca yea. Sudah ada gambar tak dititipkan di sini rasa sayang pula. Syawal kedua kami empat beranak tak ke mana-mana. Memang melepak kat rumah aje. Akhirnya sebelah malam barulah keluar. Itu pun pegi ngeteh. Mana lagi kalau bukan kat mamak kan. Hehehe...

Mama dan nana. Anak dara aku ni semakin suka berselfie.

Mereka adalah segalanya bagi diriku.

Aku layankan roti canai.

Selfie dengan anak terunaku. Itu sahaja kisah kami untuk hari itu. Sudah beberapa minggu kisahnya baru dapat dititipkan di blog ini. Sekian dulu entri pendek daripada aku. Intro dulu ye. 

^_____^

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments: