Foto : Koleksi Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi ahad. Selamat berhujung minggu. Hari ini kami di rumah aje memandangkan encik suami tiada. Dia keluar daerah menghadiri Sukan Kastam. Jadi tinggal lah aku dan anak-anak. Memang nampak gayanya bertapa sahaja di rumah. Sejak semalam algi memang melepak di rumah. Tidakler rajin aku nak keluar bertiga.
Mari sambung dengan entri seterusnya. Malam tadi gigih bersengkang mata gara-gara mahu menulis entri-entri yang sudah banyak ketinggalan. Aduh memang lenguh tangan. Otak pun dikerah bekerja keras untuk mengeluarkan bait-bait kata.
Ini kisah 4 Syawal. Hari itu aku dan suami masih lagi bercuti. Kebetulan sepupu-sepupu aku dari Johor beritahu nak datang beraya ke Melaka. Memang haruslah aku bertungkus-lumus menyiapkan menu-menunya.
Menunya nasi tomato, ayam masak merah, kari daging dan arca timun. Ada menu sampingan yang lain. Malas nak sebut.
Tetamu dari Johor sudah pun tiba.
Gambar blur pulak. Ini memang kerja laki aku.
Dua orang perempuan yang bertudung biru dan ungu adalah adik-adik ayah aku.
Dah alang-alang aku panggil kawan-kawan opis sekali. Dia orang dah mula kerja.
Sebelum balik haruslah bergambar seperti biasanya.
Sebelum pulang harus bergambar dulu.
Tetamu terakhir yang datang kakak sepupu aku juga. Dia datang dah sebelah petang sebab beraya ke rumah orang lain dulu. Itu sahaja kisah 4 Syawal kami.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment