Tuesday, August 4, 2015

Cerita Satu Syawal ApenIda

Teks : Fyda Adim
Foto : Kamera Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam 19 Syawal. Sekejap je masa berlalu. Kita sudah pun melalui sembilan belas hari dalam bulan Syawal. Sudah seminggu lebih rasanya blog ini menyepi. Sepi bukan bererti hilang. Cuma aku ketandusan idea mahu menulis di sini. Tiap kali log masuk memang sekadar pandang dan berlalu pergi.

Rata-rata ramai sudah bercerita kisah 1 Syawal. Aku barulah terhegeh-hegeh nak berkongsi di sini. Pada aku, Syawal tahun ini kurang meriah untuk aku. Tak tahu kenapa. Tapi aku adalah buat persiapan juga untuk anak-anak merasakan raya.

Pagi raya tu aku di rumah mak mertua. Kami bermalam di rumahnya. Memang dah berapa tahun pagi raya rumah mak mertua dulu. Senang sikit. 


Anak dara berdua ni sudah siap terlebih dulu. Asben yang amik gambar dia orang. Masa ni aku tengah kalut lagi di dapur masak sambal udang.


Ammar diapit oleh kakak-kakak.


Cucu-cucu ebratur untuk bersalaman dengan nenek.


Cik kak aku tu mesti ayat habis drama. Kemudian tunggu keluarga Along dan Uda sampai.


Seramai lapan orang cucu Hjh Noriyah.


Motif apa yang tiga orang wanita berdiri kat belakang tu. Nak adjust kamera sebenarnya. Itulah menantu-menantu Hjh Noriyah.


Inilah keluarga sebelah asben.


Keluarga uda.


Keluarga kecilku.


Aku dan Kathynoor, birasku.


Selfie laki bini. Bukan senang nak dapat selfie dengan laki sendiri. Ini pun laki aku yang ajak.


Mak dan anak yang sedondon.


Selesai bersolat hari raya, kami bertolak ke Seremban sebab nak melawat sepupu asben yang berusia dua tahun di ICU. Memang sakit sejak dilahirkan tapi baru-baru ni dia diserang virus masa dia masuk hospital. Kemudian masa raya keempat kami dapat khabar sepupu asben telah pun meninggal. Al-Fatihah buat adik Nur Dania.


Masa ni berhenti tuang minyak. Ajak anak-anak bergambar.


Balik dari Seremban dalam pukul 5.30 petang sampai rumah. Dalam pukul 6 lebih keluarga belah arwah pak mertua datang. Sepupu sepapat asben.


Ramai jugak. Masa ni masing-masing sedang menikmati juadah yang disediakan.


Tengok anak dara berdua tu. Orang datang cepat-cepat sarung tudung. Itu time masing-masing teringat. Tak apalah kan permulaan. Biras aku sedang menyusukan anaknya Emma Sofea. Kemudian, selesai tetamu pulang kami pun berangkat pulang. Mahu ke rumah mak aku pula. Belum jumpa mak ayah aku. Sebelum tu sempat singgah rumah kawan asben. Rumahnya terletak dekat dengan rumah mak mertua. Nak tengok dia dalam pantang. Tak sempat nak bergambar dengan dia sebab fikiran aku dah melayang nak cepat balik rumah mak. Hehehe...

Itu sahaja kisah satu syawal aku dan keluarga. Kali ni memang tak berjalan ke mana sebab destinasi kami sudah berubah pagi tu. Sekian dan wassalam.

Salam pena,