Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat tengahari semua. Gambar yang terdpaat di dalam entri ini sekadar hiasan. Sudah masuk waktu rehat dan makan tengahari. Aku ada bawa bekal dari rumah. Makanan untuk pagi tadi yang sudah selamat dihadamkan dan juga makanan untuk tengahari. jadi hari ini tak perlu keluar untuk mencari makan.
Pagi tadi aku hanya alas perut dengan burger dan juga roti telur. Bekalan untuk anak-anak ke sekolah juga. Tengahari pula bawa nasi, sambal ikan keli dan juga sayur kacang panjang. Begitulah lauk yang ringkas untuk aku mengisi perut.
Begitulah rutin harian aku sepanjang lima hari bekerja. Seawal jam 5.30 pagi sudah bangun menyiapkan apa yang patut. Kadang tak terlarat bertangguh jugak nak bangun. Kalau bekalan untuk anak-anak tidak seremeh aku bangun lambat sikit. Beg-beg baju, beg sekolah semua sudah aku siapkan sebelah malam. Mana sempat kalau nak buat sebelah pagi. Bila semua dah selesai, asben dan anak-anak pun sudah keluar aku pun bersiap ke kerja. Kena cepat memandang aku masuk kerja jam 7.30 pagi.
Sebelah petang, aku pulang jam 4.30 petang. Terus memandu ke tempat adriana tuisyen. Nana keluar jam 5.00 petang. Kemudian balik rumah mak tunggu dia solat dan hantar dia mengaji pula. Barulah aku dapat meluruskan pinggang sementara tunggu Nana. Kadang aku mandikan Ammar kat rumah mak kadang tak pun terus balik je.
Sampai rumah fikir nak masak apa pula untuk makan malam. Kadang dari tempat kerja dalam benak ni dah fikir. Apa mau masak. Kadang ada juga hari-hari yang aku culas untuk masak. Makan luarlah nampaknya. Kalau asben rajin dia yang masak pula. Begitulah serba sedikit rutin harian aku sepanjang hari bekerja. Sekadar berkongsi sementara tidak ada idea lain untuk menulis.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
2 comments:
Bawa bekal ke tempat kerja memang menjimatkan kan...
Saya pon mesti bawa bekal ke tempat kerja setiap hari..bukan sahaja jimat..tapi juga ada masa lebih panjang berehat di waktu tengah hari..
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/
Rajinnya sediakan bekal pagi2...
Post a Comment