Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat malam. Baru sempat mahu menitip sesuatu di blog ini. Tak sempat dek dibebani tugasan di pejabat mahupun di rumah. Ini pun menaip guna hp. Susah menggunakan jari jemari yang tak berapa runcing. Error memanjang. Bertabahlah.
Mari berbalik pada tajuk. Hari ini tanggal 20 Januari adalah hari ulangtahun kelahiran anakandaku yang sulung, Nur Adriana Qistina Mohd Affendy. Genaplah tujuh tahun usianya dan bermula dunia baru buatnya yang sudah melangkah ke tahun satu.
Waktu ini kalau tak silap baru sehari usianya. Masa ni Nana diletakkan di NICU sebab dilahirkan dengan kaedah bantuan vakum. Kemudian dia sudah termakan najis. Begitulah ceritanya.
Tujuh tahun lepas dan nana yang sekarang. Semakin membesar menjadi anak dara yang manis. Sensitif. Kuat merajuk macam maknya. Sudah pandai melawa mengalahkan maknya.
Apa-apa pun doa mama sentiasa mengiringi dirimu sayang. Jadilah anak yang solehah buat mama dan papa. Semoga kamu akan berjaya menjadi seorang insan di dunia mahupun akhirat. InsyaAllah, amin.
Itu sahaja entri ringkas buat anakandaku. Mama sayang nana selamanya. Sekian dan wassalam.
Aku penulisnya,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid
1 comment:
happy birthday adriana sayang, aunty doakan semoga menjadi anak yg bijak, murah rezki dan sentiasa dalam lindunggan allah swt....:)
Post a Comment