Sumber : iluvislam.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi semua. Hari ketiga anak-anak bersekolah. Masih belum sempat menceritakan pengalaman menghantar anak-anak ke sekolah. Jadi entri pagi ini mari aku kongsikan sesuatu pada sesiapa yang sedang cuba merawat luka di hati. Semoga berjaya!
Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada
ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau
suasana.
Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati
yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut
adalah cara yang sering dikongsi oleh pakar.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya
senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda
sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau
selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai
hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi
kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda,
cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda
takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan
mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil
masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah – tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau
membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau,
belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap
syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur
kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan
menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang
memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap
syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga
rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam
sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap
pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi
negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang
melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan
kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu
ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu
ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu
menarik ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa
bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan
anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita
yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari
“funny side” dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara
automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa
sedangkan anda boleh ketawa? Come on…
6. Ubah Fikiran
Kita
tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan
murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita
fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki
anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda
menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk
sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti ‘Keras’
Bukan
keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi,
pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah
menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar
dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat
baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik
kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau
anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang
baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum
masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
Aku penulisnya,
No comments:
Post a Comment