Wednesday, January 7, 2015

~Resepi Kerabu Perut~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang. Lagi setengah jam mahu pulang. Aku balik 4.30, masuk WP1. Sementara mahu menunggu waktu pulang, mari aku sajikan dengan resepi kerabu perut yang aku hasilkan sabtu lepas. Seperti biasa aku google dan kemudian diolah olehku.

Aku banyak tengok resepi di blog-blog yang lain. Sudah semestinya aku pilih resepi yang ringkas dan senang. Tak payah pening kepala. Mari tengok resepinya.


RESEPI KERABU PERUT

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg perut lembu (dibasuh bersih dan direbus lembut)
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dipotong, dibuang biji)
  • 2-3 biji cili api (terpulang jika ingin pedas)
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 3 tangkai kacang panjang (dihiris kecil)
  • Sedikit taugeh (celur dahulu jangan terlalu lembik)
  • 3 sudu besar cuka
  • 2-3 sudu jus limau nipis
  • 2-3 sudu air asam jawa
  • Garam, gula dan serbuk secukup rasa
Cara-cara:

  1. Rebus perut lembu sehingga lembut. Bila sudah lembut toskan.
  2. Sementara itu sediakan bahan-bahan kerabu. Satukan segala bahan-bahan yang dipotong. Kemudian masukkan jus limau nipis dan air asam jawa bersama gula, garam dan serbuk perasa. Kacau sehingga larut.
  3. Gaulkan bahan-bahan tadi sehingga sebati. Masukkan perut.
  4. Gaul lagi dan masukkan cili merah.
  5. Dan tambahkan apa yang anda rasa perlu. Boleh dihidangkan bersama nasi. 
Itu sahaja perkongsian daripada aku untuk petang ini. Selamat mencuba! Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



No comments: