Tuesday, January 13, 2015

~Rutin Harian Kembali Sibuk~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang. Baru sempat nak membelek blog ini. Jengah sekejap sebelum pulang. Ada lagi 20 minit mahu pulang. Sampai awal dan balik pun awal. Bila anak-anak dah sekolah semua nak kejar masa. Pagi nak cepat, balik pun nak cepat. Dua bulan boleh bersantai-santai dan kini tiada lagi sepanjang hari persekolahan.

Jam 5.00 pagi sudah celek mata. Tuju ke dapur dulu untuk siapkan sarapan. Sediakan sarapan yang ringkas dan mengenyangkan. Dua hari ni masih lagi boleh menyediakan bekalan untuk anak-anak. Semoga aku diberikan kekuatan untuk menjalani rutin harian.

 Ini gambar semalam. Keluar jam 6.45 pagi. Jalan sudah sesak.

Kakak dan adik pagi tadi. Awal pagi masing-masing sudah dikejutkan. Nasiblah masing-masing tak meragam. Nanti aku ceritakan kisah kakak di sekolah dan adik di tadika pula. Untuk kakak memang aku tak risau sangat, aku risaukan adik.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



No comments: