Tuesday, January 6, 2015

~Masak-masak Sempena Maulidur Rasul~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Bersambung lagi kisah pada hari Maulidur Rasul tempoh hari. Sebaik sahaja selesai perarakan, asben beritahu yang mak mertua aku iaitu mak asben mahu datang ke rumah malam nanti. Haruslah masak-masak kan. Fikir punya fikir mahu masak apa. Kebetulan hari tu memang nak masak kerabu perut. Kemudian aku cadangkan pada asben masak ala-ala kat kedai Kelantan. Hah gitu!

Balik rumah aku hentam tidur dulu. Tak tidur memang tak boleh. Mengantuk, letih, sakit kaki. Macam-macam rasa masa itu. Jadi tidur dulu untuk ambil mood. Hahaha...Mood sangat kan. Jam 2.30 petang baru aku terjaga. Golek-golek dulu kemudian solat zuhur. Anak-anak? Tak tidur. Gigih mata dia orang. Ammar lagilah. Balik bukan main cergas. Yelah dah dera mak dia minta dukung kan.

Masuk dapur dalam pukul 3.30 petang. Tengok jam. Wah macam masuk rancangan Masterchef sangat. Nak siap awal aje masa tu. Anda ada dua jam dari sekarang! Klentang...klentung...klentang...klentung...

Tadaaa... Inilah hasilnya dalam masa dua jam persiapan dibantu oleh pembantu chef iaitu asben. Hehehe...Asben tukang potong-potong. Aku main campak-campak aje.

Menu pertama adalah tom yam campur. Bahan-bahannya ada kupang, ayam, sotong, telur puyuh dan lain-lain.

Menu kedua adalah daging masak merah.

Dan menu ketiga adalah kerabu perut. Itu sahaja tiga menu yang disediakan oleh aku malam itu. Ringkas sahaja tapi dimasak dengan penuh rasa kasih sayang. Hah jiwang sangat. Okeylah itu sahaja. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



2 comments:

adianiez AIDA said...

wow! memang romantik ha ha ha :)
aida balik umah mak.
masak-masak kat sana.
excited balik umah mak, satu pic pun tak snap...

ibuayu said...

terror gak fida masak...akak kalau sesiapa nak dtg x jejak tanah rasanya...