Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi semua. Alhamdulillah masuk minggu kedua sekolah. Minggu pertama sekolah kami sekeluarga menyusun jadual harian supaya berada dalam keadaan terkawal. Aku dan asben gigih menyusun masa untuk lima hari. Nak kena bangun pukul berapa, nak kena masak, aku kena masak sekali lauk makan tengahari, kemudian nak kena keluar rumah pukul berapa. Memang lima hari tu mengejar masa.
Aku paling awal bangun 5 pagi paling lambat 5.30 pagi, kejutkan askar-askar kemudian meluru ke dapur. Selalu lauk tengahari kalau yang payah memang masak malam. Pagi aku cuma siapkan sarapan dan bekalan untuk anak-anak.
Minggu pertama berjalan dengan lancar. Aku pun sempat lagi tiba di pejabat sebelum jam 7.30 sebab aku masuk WP1 kan, jadi memang aku keluar rumah jam 7 pagi selepas asben dan anak-anak keluar. Sebelah pagi asben yang hantar anak-anak ke sekolah. Hantar adriana dulu, kemudian ke rumah mak hantar beg baju baru hantar ammar ke tadika. Sebelah petang aku pula yang jemput anak-anak. Begitulah rutin harian kami sekeluarga.
Hari pertama ke sekolah. Sebelum keluar rumah, mama suruh bergambar dulu. Hari pertama hantar anak-anak ke sekolah aku dan asben cuti.
Tiba di sekolah adriana jam 7.10 pagi.
Terus masuk kelas. Nampak tak adriana?
Adriana duduk dengan kawan tadikanya. Ada diberitahu namanya tapi aku dah lupa pulak. Emak kawan nana ni peramah jugak.
Antara ibu bapa yang meninjau anak-anaknya.
Aku tinjau lagi ke dalam.
Nampak aje cik kak ni aku ambil gambar.
Waktu rehat aku tinjau nana di kantin. Duduk makan bekal sorang-sorang. Kawan dia pegi beli makanan.
Loceng bunyi tanda waktu rehat telah pun tamat. Semua kena beratur luar kelas.
Hari jumaat adriana berbaju kurung ke sekolah. Seronok tengok dia seronok ke sekolah. Hari tu dah pesan kat aku "rehat nanti mama tak payah datang tengok nana." Anak ok je maknya yang memanjang risau. Memang hari tu aku tengok diarehat hari pertama dan kedua je. Itu pun masa hari tak tengok nana rehat asyik risau macam mana dia rehat. Over maknya.
Okeylah, itu sahaja kisah adriana ke sekolah tahun satu. Nanti aku ceritakan kisah ammar yang aku hantar ke tadika. Mamat tu memang buat hati maknya tak senang duduk. Berdrama air mata mamat tu. Sekian dan wassalam.
Aku penulisnya,
1 comment:
samalah dengan akak...walau satu sekolah bersilat gak nak sek pagi and sek agama... akak pun waktu rehat intip anak makan....risau gak entah apa2 dia beli heheh
Post a Comment