Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.
Selamat pagi semua. Baru berkesempatan mahu menitipkan sesuatu di sini. Isnin hari tu walaupun cuti tapi terlampau sibuk. Sebelah pagi hantar adriana, uruskan kat rumah mak, masak kemudian sebelah petang menerima kedatangan tetamu istimewa. Tetamu jauh.
Tergamam. Sewaktu menatap wajahnya aku sememangnya terkedu. Macam-macam perasaan waktu itu. Sudahlah waktu itu mamai-mamai bangun dari tidur. Siapa? Sepupu aku. Pangkat adiklah memandangkan aku beza 10 tahun dengannya. Kali terakhir kami bersua dia masih kecil dan waktu itu aku masih bersekolah rendah. Kemudian atas sebab-sebab tertentu dia ke Batu Pahat dan kami terus terputus hubungan.
Ayahnya adalah adik angkat pada mak dan mak long. Arwah nenek dulu mahukan anak lelaki jadi diambil anak angkat. Daripada saudaranya juga. Kemudian pakcik berkahwin dan tetapi perkahwinan pakcik tidak berpanjangan. Dipendekkan cerita adik sepupu datang ke Melaka kerana mahu mencari ayahnya.
Sebelum pulang kami sempat bergambar. Dapatlah berjumpa dengan ayahnya dengan bantuan kakak sepupu aku (sebelah kanan).
Dari kiri : Zuhaira, aku, mak dan kakak wati.
Budak perempuan itu adalah Zuhaira bergambar bersama arwah nenek, mak dan adiknya.
Akhirnya bertemua juga dengan ayahnya setelah beberapa tahun tidak berjumpa. Jangan ditanya kenapa. Memang masa menuju ke ayahnya perasaan sedih menerpa dalam diriku. Sedih melihat mereka. Dia beberapa kali mengutarakan padaku nak cakap apa bila jumpa ayah? sebab dah lama tak jumpa. Hari itu, kami semua berjumpa setelah sekian lama...
Aku Penulisnya,
4 comments:
jejak kasih ni...alhamdulillah. Dapat jumpa ayah.
comelnya fida:)
kalau kak mieja mesti dah nangis tgk situasi tu....
syahdu nya...
syahdu nya...
Post a Comment