Foto : Fon Sendiri & Ipad
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.
Selamat tengahari semua. Makan apa untuk tengahari? Aku ada bawak bekalan dari rumah. Kembali memasak setelah seminggu tidak bawa bekal. Jadi kembali ke pangkal jalan. Hehehe. Misi berjimat cermat itu penting.
Jumaat lepas adalah hari lahir sahabat saya dan juga blogger Mira Mokhtar. Bolehlah terjah blog dia. Genap usianya 23 tahun. Beza dengan aku 8 tahun. Walaupun jarak umur kami jauh beza tetapi tidak menghalang kami untuk berkawan dan berkongsi kegemaran yang sama. Apakah? Rahsia. Tak boleh dikhabarkan di sini nanti ada orang suka perli-perli. Walhal tak kacau pun hidup depa. Mungkin satu kepuasan kut kalau dia dapat memerli. Tak apalah. Buatlah.
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment