Friday, October 3, 2014

~Alhamdulillah Jumaat Sudah Tiba~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam jumaat. Hari yang penuh barakah dan keberkatan. Hari ini juga ketibaan jenazah mangsa MH17. Salah seorang jenazah yang tiba adalah ahli keluarga yang enam beranak. Alhamdulillah. Akhirnya dibawa juga pulang.

Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu. Asben balik dari Penang. Sudah beberapa hari aku tanpa kereta dan terpaksa minta tolong orang untuk hantar dan jemput kerja. Sudah tidak tertanggung. Bukan semua orang faham akan masalah kita. Bila ada yang sudi menghulurkan bantuan memang sangat-sangat berterima kasih.

Bila kita sedang dihantui pelbagai masalah, orang keliling kadang yang tidak faham menekan kita memang tersangatlah stress. Stress yang amat! Baiklah berdiam diri sahaja. Itu sahja yang mahu dikongsikan luahan rasa. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

1 comment:

Monalita Mansor said...

alhamdulillah. senyum...senyum...