Thursday, October 2, 2014

~Batas Hubungan~

Teks : Fyda Adim
Foto : FB

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat malam semua. Ini entri auto publish. Saja mahu berkongsi mengenai batas hubungan antara lelaki perempuan yang perlu kita ketahui. Tidak kira samada yang bujang mahupun yang sudah berkahwin. Ini bagi mengelakkan fitnah.

Bagi yang sudah berkahwin, jagalah perasaan masing-masing. Jangan hancurkan kepercayaan yang telah diberikan pasangan kita. Saat hilang kepercayaan sudah tidak bermaknanya. Bukan senang mahu dikembalikan kepercayaan itu semula.

Tidak salah untuk bersahabat namun kita perlu tahu batas-batas pergaulan. Lebih-lebih lagi yang sudah berumahtangga. Adakalanya boleh menjadi keretakan dalam rumahtangga. Semuanya bermula daripada hati. Jika kita pandai menjaga batas-batas, banyak perkara yang tidak baik dapat dielakkan.

Siapa setuju dengan kenyataan ini? Rasanya bukan setakat kurang manis lagi tapi memang tidak manis langsung.  Jaga sensitiviti pasangan mereka.  Kita diberikan akal dan fikiran.  Hanya kita yang boleh menilai baik buruk perbuatan kita.  Semoga kita semua dilindungi dan tidak menjerumuskan diri daripada perkara-perkara tidak baik.  Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini.  Aku hanya berkongsi untuk mengingatkan diri sendiri.  Itu sahaja...Wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

No comments: