Teks : Fyda Adim
Foto : FB
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bismillah.
Selamat pagi sahabat sekalian. Hari kedua bercuti dan masih bersisa dua hari. Seronok bila masa cuti ni. Dapat bersantai-santai di rumah bersama keluarga tersayang. Aktiviti hari ini masih lagi belum difikirkan. Ikut aje apa yang asben usulkan nanti.
Dua malam dapat bersengkang mata menyiapkan tugasan. Moga dipermudahkan. Adakalanya kita perlu mengisi hati yang diselubungi kesedihan dengan perkara-perkara yang kita sukai. Agar kesedihan itu dapat dilupakan seketika atau dilupakan terus.
Begitu juga dengan diri ini. Cuba menggembirakan hati sendiri dan juga hati orang sekeliling yang disayangi. Hidup kita memang tidak akan lari dengan suka dukanya. Anggaplah itu rintangan hidup yang harus ditempuhi demi meneruskan kehidupan. Senyumlah sentiasa! Selamat berhujung minggu. Sekian dan wassalam.
Aku Penulisnya,
1 comment:
life too short. tak yah sedih2...
Post a Comment