Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.
Selamat pagi semua. Kita sudah berada hari kelapan dalam bulan oktober. Sekejap sahaja masa berlalu. Lagi dua bulan sahaja tirai 2014 akan berlabuh. Entri ini nak bercerita kisah tanaman di rumahku tetapi bukan hasil tanaman daripadaku.
Tangan panas. Bila tanam pokok tak pernah hidup. Pernah aku jaga pokok cili ayah yang segar bugar bila kena je kat aku dia mati. Padahal gembur-gembur tanah je kut. Salah aku ke salah pokok cili tu. Baiklah nak cerita kat rumah yang rajin menanam segala bagai adalah abang jebat. Suami akulah. Aku cuma memantau je nak memberi cadangan. Bab nak menjaga bukan memang tak amik port. Jadi isnin masa hari cuti aku melawat kawasan keliling rumah.
Pokok serai. Asben baru letak baja tu.
Dan akhir sekali daun pandan. Senang bila tanam sendiri. Nak masak cuma petik saja. Ada tanah sekangkang kera dapatlah dimanfaatkan. Itu sahaja kisah tanaman di sekeliling rumah yang bukan hasil tanaman daripadaku. Bukan hobi aku. Kalau suruh aku menulis blog itu memang hobi masa kini. Hehehe..Berjam-jam melangut depan komputer pun mampu lagi. Hehehehe...Sekian dan wassalam.
Aku Penulisnya,
4 comments:
Kalau tak minat lain jadinya Fyda. Kakak memang suka sebab itu membelai selalu selagi ada peluang
ps: sayangnya semua gambar tidak dpt kakak tatap di N3 Fyda ni.
bestnya abg jebat suka berkebun....bersih tak der rumput...:)
Ok Fyda dah nampak gambarnya:)
saya ada berkebun jugak. tapi kebun kecik aje. saya suka berkebun sebab boleh bercakap dengan pokok2
Post a Comment