Thursday, September 4, 2014

~Bila Kereta Meragam~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Baru berkesempatan nak menitip di blogku ini. Kerja baru surut sedikit. Rehat pula aku hentam tidur. Tak keluar mana pun sempat aku ada bawak bekalan iaitu nasi dengan kari ayam. Makan sorang-sorang sebab geng kejung pipi bercuti. Esok baru ada. Bolehlah bercerita bagai nak rak dan bergelak ketawa.

Semalam, aku emergency leave. Kereta meragam. Selasa petang kereta aku sudah meragam. Dalam perjalanan nak balik dari rumah mak selepas aku menjemput anak-anak mata tertengok pada meter. Sekali aku tengok temperature dah lain macam. Selalu jarumnya sampai di tengah-tengah tapi petang itu sudah lebih. Hati sudah berdebar-debar. Aku telefon asben dan dia suruh hantar gambar.

Aku bawa perlahan-lahan patah balik rumah mak setelah mendapat arahan daripada suami supaya berbuat demikian. Nasiblah perjalanan belum jauh lagi. itu pun nak sampai rumah mak terasa jauh yang amat. Kejap-kejap berhenti tepi jalan bila hidung sudah mula bau hangit.

Bocor rupanya. Akhirnya kereta terpaksa ditinggalkan di rumah mak. Balik dengan asben. Esoknya iaitu semalam baru bawak ke bengkel.

Masalah pada water pump. Terbang melayang duit.

Inilah bengkel kereta aku hantar semalam. Masa ni aku duduk dalam kereta asben. Panas seharian ke sana ke mari. Memang mencabar. Ini ada rasa takut-takut nak drive balik. Pagi tadi sedang ebrsemangat nak ke kerja tiba-tiba di lampu isyarat bolehlah pula berasap. Telefon asben dan aku patah balik rumah. Asben tengok tak ada apa. Dia kata mungkin wap semalam baru isi apa ke benda dia sebut pun aku bukan faham. Itu jelah kisah aku kelmarin, semalam dan hari ini. Sadis!

Aku Penulisnya,







                                                                                                        

No comments: