Sunday, September 7, 2014

~Cerita Sabtu Kami~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Salam hujung minggu. Selamat beristirehat buat semua. Sejak jumaat diri kesibukan. Biasalah kan sampai tak sempat nak membelek blog sendiri. Mana dengan kerja rumah, anak-anak, laki lagi dengan kerja rumah daripada cikgu. OMG! Dalam pada masa sibuk tak ingat, masih lagi menyiapkan makanan untuk orang-orang tersayang di rumah. Mereka kenyang aku lebih kenyang. Hahaha...

Pagi semalam asben ada meeting persatuan di A Famosa. Aku dengan anak-anak saja di rumah menunggu dia balik tengahari sebab nak ke kenduri kahwin. Pagi itu adik aku hantar nayli kat rumah aku sebab adik ipar aku ada peperiksaan SPA.

 Sarapan semalam adalah pizza roti.

Rupa pizza roti.

Ini semasa di kenduri kahwin. Rumah officemate kahwinkan anaknya.

Ammar minta nak basuh tangan.

Sebelah petang pula kami pergi beriadah di Taman Botanikal. Penat sangat. Kejung kaki makcik. Yang bertiga je ni berjogging bagai, aku berjalan bersantai-santai bawak beg. Dapatlah menghirup udara segar juga. Itu pun lenguh kaki. Sekian cerita kami empat beranak untuk semalam. Akan menyusul lagi entri-entri yang lain. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     


No comments: