Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat tengahari semua. Mencari semangat mahu menulis. Entah kenapa dua tiga hari ini kepala asyik dok pening. Kurang darah kah? Adoi. Ulser dalam mulut menambahkan pening kepalaku. Nikmat makan ditarik seketika. Harap diberi kesihatan yang baik. Cepatlah beransur sihat. Terasa lemas dan rimas bila diri tidak mampu melakukan apa-apa kerja. Terpaksa membataskan kerja yang ada. Sakit itu penghapus dosa.
Dalam pada sakit-sakit, semalam aku tidak ketinggalan menonton drama bersiri 'Selamat Pengantin Madu.' Baru episod tiga. Ditayangkan di slot Lestary saluran TV3. Dalam drama ini Fasha dimadukan. Perempuan mana yang boleh terima hakikat ye? Namun dalam drama ini jangan dibenci lelaki itu walaupun memang emosi sungguh bila menonton drama itu. Kita ambil kekuatan dan ketabahan daripada sang isteri yang tidak tahu dirinya dimadukan. Ditipu oleh suaminya dan akhirnya tembelang suaminya pecah. Macam manalah kalau situasi itu terjadi pada kita? Mampukah kita sekuat itu? Aku? Ada yang makan sup kaki...Hehehe.
SINOPSIS SELAMAT PENGANTIN MADU
Drama ini mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaan
rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza) tiba-tiba
dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka.
Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya.
Fasha Sandha membawakan watak Hana seorang isteri mithali yang
melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya
yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah
mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga
bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik.
Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di
sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang
taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama
keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila
di luar waktu kerja.
Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang
bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan
Zul seorang yang mudah didampingi. Namun sebermula kisah ini
dikembangkan, wujud seorang lagi watak antagonis lakonan Eina Azman
sebagai Masmira. Kewujudan wataknya yang mulanya misteri kini menjadi
tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat
menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul.
Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika
cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik
mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris.
Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya
agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan
perubahan positif.
Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul
telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba
menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan
sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih
sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki
Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira?
Aku Penulis Blog,
No comments:
Post a Comment