Assalamualaikum...
Selamat petang semua..Rasanya masih tidak terlewat nak ucapkan selamat tahun baru 2014 buat semua. Ini adalah entri pertama aku untuk tahun baru ini. Penghujung 2013 tidak sempat mahu menghabiskan cerita kerana kekangan masa yang amat sangat. Sibuk menguruskan macam-macam hal. Keluar tengok wayang dengan asben, bawa anak-anak jalan macam-macam halnya.
So, 2013 telah pun melabuhkan tirainya. Apa yang berlaku di tahun lepas banyak yang manis mahupun yang pahit. Biarlah yang pahit itu memberi pengajaran kepada aku. Apa yang berlaku semoga dijadikan satu pengajaran dan iktibar. Setiap yang berlaku pasti terselit hikmahnya. Dugaan perlu ditempuh dengan penuh kesabaran.
Apa-apa pun selamat datang 2014 dan selamat tinggal 2013. Terima kasih 2013 yang banyak meninggalkan kenangan manis buatku, yang menghiasi hari-hariku dengan warna-warni bersama suami, anak-anak, keluarga serta kawan-kawan rapatku. Terima kasih semua. Tanpa kalian hari-hari aku pasti membosankan.
Azam untuk tahun ini rasanya tak ada. Cuma mahu memperbaiki diri yang mana terkurang mahu dibetulkan. Akan cuba untuk mengubah diri ini ke arah kebaikan. Semoga dipermudahkan urusan aku, suami dan anak-anak untuk tahun ini. Amin...Yang manis jangan terus ditelan yang pahit jangan terus dibuang.
Sekian...
2 comments:
Selamat tahun baru sis ;)
Selamat tahun baru
Post a Comment