Assalamualaikum...
Selamat tengahari semua. Sudah masa untuk berehat dan menenangkan fikiran yang tak berapa nak tenang. Stress banyak kerja. Semua nak kejar dateline. Buntu kepala, buntu fikiran. Eh segala-galanya buntu. Sekarang masa berehat adalah masa untuk menulis di sini melepaskan segala kekusutan yang menyelubungi diri.
Oklah, memandangkan hari tu tak sempat nak habiskan cerita percutian di Sabah so hari ini aku mahu coretkan serba sedikit mengenai percutian yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri aku dan anak-anak. Percutian yang agak lama dan percutian yang setiap hari dihitung. Siapa yang tidak suka kan kalau pergi bercuti.
Ada beberapa keping gambar dalam entri ini ketika aku dan keluarga selamat sampai di Kundasang. Tempat yang menarik. Marilah tengok gambar.
Perjalanan aku dan anak-anak hanya bertiga menuju ke destinasi di seberang laut. Ini di tempat penginapan kami hanya semalam.
Hari keempat sudah mahu cek out.
Aku dan anak-anak memang sangat teruja.
Ammar slack betul kalau bergambar.
Mama and cute little doter. Dalam dirinya ada diri aku.
Bergambar sebelum meninggalkan tempat penginapan kami.
Ini tempat paling menarik hati aku.
Cantikkan tempat ni?Ala-ala luar negara gitu.
Sebelum meninggalkan Kinabalu Park. Walaupun renyai-renyai ketika ini tetap turun untuk bergambar. Itu sahaja cerita yang sudah basi dan sememangnya basi. Tapi sebab mahu dicoretkan di sini sebagai kenangan gigih jugak upload gambar yang tidak diedit apa-apa. Sebabnya, MALAS!
Sekian..Jumpa lagi di lain entri...
Wassalam....
No comments:
Post a Comment