Wednesday, January 8, 2014

~Kerana Terluka~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Makan apa tengahari tadi?Aku makan macam-macam.  Nasi, kek, coklat.  Huh!!Rasa macam membela pula hari ini.  Opss, perut lapar memanjang.  Nanti aku ceritakan ek.  Pasal makan pun nak cerita.  Janji ada entri untuk setiap hari.  Oklah, dalam masa kekenyangan tadi sempat menulis sajak.  Hah gitu...Melayan perasaan kat opis.  Sudahlah bff tiada.  Yang ada sorang je tapi tempatnya di sebelah. 

Sajak mengenai hati.  Sekeping hati yang perlu dijaga kalau tidak terjaga akan memyebabkan luka yang meninggalkan kesan yang mendalam.  Kesan yang mungkin agak lama memerlukan masa untuk sembuh atau tidak boleh langsung untuk sembuh.  Jadi jagalah hati supaya tidak terluka baik hati kita sendiri atau hati sesiapa sahaja di sekeliling kita.  In sha Allah...

KERANA TERLUKA

Duhai hati...

Sekali terluka memberi rasa-rasa berbisa
Saat itu diri dihimpit duka dan lara
Bukan mudah merawat setelah terluka
Dalam air mata yang meluruh hati berdoa

Berdoa selagi diri terdaya
Agar diri tidak diselubungi pelbagai rasa
Demi sekeping hati yang tidak mudah diselami 
manusia
Hanya rintihan doa menjadi peneman jiwa

Duhai hati...

Saat diri mahu menyembah bumi
Diri tidak mampu menanggung segala
Diadu merintih penuh syahdu padaNya
Demi mengubati hati yang sedang terluka

Duhai hati...

Jangan dikenang peristiwa lama
Yang tidak akan mengubah apa-apa
Jika redha pengubat segala rasa
Pasti tenang merentas peristiwa yang tidak terduga...

Nukilan : Qaseh Qistina

Sekian nukilan yang entah apa-apa daripada saya.  Rindu mahu menulis.  Rindu yang amat tapi masih mencari ruang untuk kembali seperti dulu.  Tunggu dan lihat jelah...

Wassalam....







                                                                                                         

No comments: