Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Alhamdulillah selesai makan tengahari yang ditajakan sepenuhnya oleh opis. Patutnya ada mesyuarat tapi oleh sebab pengarah cuti sakit, terbatal mesyuarat yang patut diadakan hari ini. Jadi makanan itu dimakanlah oleh kita orang di opis termasuklah aku. Bila sudah kenyang mata pun mengantuk ni. Menguap sudah beberapa kali ni.
Siapa tengok drama bersiri ini?Aku memang mengikuti setiap episodnya. Wah sangat tertarik dengan pasangan hero dan heroinnya. Pertama kali tengok heroinnya gedik-gedik nakkan hero. Gedik macam ni tak apalah. Jangan yang dah kawin nak gedik macam ni memang not nice!!
Aku sampai beli novelnya tapi sampai sekarang belum habis lagi. Mood membaca, menulis sangat-sangat menjunam. Tiap kali buka novel tu aku dah ke alam mimpi dulu. Huh!!!Tengok drama dapat tengok Abang Jebat. :D
Suka lakonan Sharnaaz Ahmad. Aku suka sejak dia berlakon drama Ruby. Tak kisahlah kat luar dia macam mana. Aku suka lakonan dia sahaja.
Bila dia orang nak kawin. Berjanggut tunggu episod si Jebat kawin dengan Mastura. Ini sinopsis untuk drama bersiri yang sedang ditayangkan di Astro Mustika HD.
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup.
Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu
berenang!”
“Mastura!!!!!!!”
JEBAT.
Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari
jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam
fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk
menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian
Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh
gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas.
Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak
pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut
hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana
mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The
Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga
parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan?
Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan
Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila
mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan
gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
Itu sahaja entri untuk hari ini. Bersambung lagi.
2 comments:
aida takde hd. tunggu kuar citer ni kat ria ler jawabnyer :-)
Kekurangan saya ni, saya jaranggg tgk drama2 gitu..
Post a Comment